Saturday, June 30, 2012

10 Ciri-ciri orang yang tidak tahu menghargai orang lain

Assalamualaikum semua :)

Kali nie Ieyza nak berkongsi dengan korang, apakah ciri-ciri orang yang tidak menghargai orang lain. 

Hidup ini umpama roda. Setinggi mana pun kita berdiri, jangan lupa untuk melihat rumput di bawah. Kerana bukan selamanya kita akan terus berada di atas dan bila-bila masa sahaja kita boleh jatuh lagi.

Okey, antara ciri-cirinya ialah :

  1. Tidak pernah mengucapkan terima kasih.
  2. Tidak pernah berpuas hati dengan kerja orang lain.
  3. Tidak mempunyai rasa percaya terhadap orang lain.
  4. Lebih suka membangga-banggakan dirinya sendiri.
  5. Merasakan dirinya paling hebat berbanding orang lain.
  6. Suka menghamburkan kemarahan kepada individu lain, sedangkan mereka tidak bersalah.
  7. Meletakkan kesalahan di bahu orang lain dan tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang telah di lakukan.
  8. Suka mendapat pujian hasil kerja orang lain.
  9. Suka mencari kesalahan orang lain.
  10. Tidak boleh menerima pendapat orang lain dan beranggapan pendapatnya sahaja yang betul dan harus di terima pakai.
Semoga kita semua dijauhi daripada sikap sebegini. Mudah-mudahan, insyaallah :)



0 jejari komen: