Monday, June 11, 2012

Perlu ke Update blog hari-hari?

Assalamualaikum wbt :)

Okey, kita mulakan entri kali nie dengan bertanyakan soalan kepada korang. Perlu ke update atau tulis entri setiap hari? Apakah pendapat korang?

Bagi pandangan Ieyza lah kan, memang lah perlu kalau seorang yang digelar blogger untuk meng-hupdate blog setiap hari. Bukan maksud Mieya, update blog sampai beriban gitu. Takde lah kan. Itu namanya gila.. Macam Ieyza, Ieyza pun tak pernah pulak buat entri sampai beriban dalam satu hari.

So, apa yang nak Ieyza perkatakan disini.  Kalau nak update entri pun, biar lah setiap hari. Lebih afdal kalau satu hari, satu entri. Bukannya apa, para pembaca suka masuk blog yang aktif dan selalu update dengan entri terbaru. Tak kira lah, walaupun satu je entri sehari. Itu dah cukup.

Ye lah kan. Bukannya setiap hari orang FREE. Masing-masing ada komitmen sendiri. Tapi, KALAU BOLEH lapangkan masa untuk menghupdate entri setiap hari. 

Entri tak perlu panjang sangat kalau malas. Update 2-3 perenggan pun dah cukup. Lagi baik entri yang ada manfaat, info, dan penuh dengan pengajaran. Ramai pembaca suka benda-benda macam nie. Itu berdasarkan pengamatan Ieyza sejak bergelar blogger nie.

Okey, ini hanyalah pandangan Ieyza je. Kalau tak nak ikut pun, tak salah pun. Lagipun, macam Ieyza cakap tadi "KALAU BOLEH". Tak kata pun wajib kan? hehe. So, terpulang kepada diri sendiri lah ye. 



0 jejari komen: